Sunday 17 February 2013

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas

Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas

 


Matlamat Pertolongan Cemas:


 
menyelamat nyawa
mengurangkan atau melegakan kesakitan
mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk



 
 
 

Memberi Pertolongan Cemas dalam kemalangan
    • penilaian (assessment)
    • bertenang dan bertindak untuk menyelamat
    • jaga keselamatan diri dan mangsa
    • hindarkan daripada keadaan yang membahayakan
    • minta bantuan daripada orang yang berhampiran
    • dianogsa atau pengenalan punca kesakitan (diagnosis)
Rawatan (treatment)

 
Menentukan mana-mana kecederaan yang lebih tenat atau serius, kemudian rawatan dengan cara yang betul.

 
Keutamaan
 
Bila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera atau banyak luka pada seseorang, maka pertolongan cemas mestilah segera diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi rawatan.

 
Perhatian
Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan. Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja.
Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika.
  • mangsa tidak sedarkan diri
  • disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman
  • jika memerlukan pembedahan
Dapatkan bantuan
    • telefon ambulan - 999
    • berikan keterangan tentang tempat kemalangan.




0 comments:

Post a Comment